2012年11月3日星期六

对伊斯兰党的伊斯兰刑事法课题之文告;KENYATAAN RASMI MENGENAI ISU HUDUD VERSI PAS。


1.   MCA ingin merujuk kepada fitnah permainan politik Pakatan Rakyat berhubung dengan isu pendirian MCA berkaitan dengan perjuangan Enakmen Hudud PAS  bahawa kononnya MCA menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia.
2.   MCA telah berbincang dengan Ustaz Fathul Bari dari Pertubuhan Ilmuan Malaysia dan tidak ada masalah bagi MCA untuk menerima penerangan dari beliau tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar.
3.   Ingin MCA tegaskan di sini bahawa,  ketika MCA bangkit untuk menentang perjuangan Enakmen Hudud versi PAS,  MCA  sebenarnya tidak menghina agama Islam kerana tindakan MCA mempertikaikan perjuangan sesebuah parti politk ( PAS ) adalah berbeza dengan penentangan MCA terhadap sesuatu agama ( Islam ).  Isu ini sebenarnya telah dipolitikkan dan diputar oleh pemimpin Pakatan Rakyat apabila mereka menganggap sesebuah parti politik ( PAS ) itu adalah agama Islam.
4.    MCA seringkali menyatakan bahawa pendirian politik Pakatan Rakyat selalunya konsisten untuk tidak konsisten. Dahulu Pengerusi DAP iaitu Karpal Singh sendiri bangkit mempersoalkan Sultan Perak,Sultan Azlan Shah mengenai campur tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan Istana seharusnya bebas daripada sebarang penglibatan politik. Namun begitu , dalam isu pertikaian MCA terhadap Hudud versi PAS pula Pakatan RAKYAT hendak melibatkan Yang di Pertuan Agong demi memenuhi hawa nafsu dan kepentingan politik mereka sendiri.
5.   Sekirannya Pakatan Rakyat benar–benar konsisten untuk memperjuangkan keadilan demi agama dan umat Islam, maka mengapa mereka hanya berdiam diri apabila pemimpin DAP iaitu Ngeh Koo Ham dalam tweetnya yang jelas menunjukkan beliau menghina dan memperlekehkan Islam apabila beliau menyatakan protest umat Islam terhadap Sam Bacile adalah satu perkara yang terlalu membazir masa dan tenaga. Peliknya juga dalam isu penghinaan Islam oleh pemimpin DAP ini mendapat ramai pemimpin PAS yang keluar menyokong dan mempertahankan beliau.
6.   Selain itu, kami telah bersama menuntut kemerdekaan negara dan membangunkan negara hingga ke tahap ini. Tidak pernah sekalipun MCA melakukan sesuatu tindakan yang mengecam Agama Islam dan pengamalannya di Malaysia.
7.   Sepertimana MCA menghormati agama-agama lain seperti Buddha, Kristian dan Hindu, MCA juga peka dan menghormati sensitiviti umat Islam negara ini, apatah lagi, Islam adalah agama rasmi persekutuan.
8.   Hal  ini terbukti dengan sokongan dan penerimaan MCA terhadap perlaksanaan Rukun-rukun Islam di negara ini seperti pembinaan masjid-masjid, institusi Tabung Haji yang memudahkan umat Islam menunaikan haji, penubuhan dan implementasi pusat zakat dan kutipannya, pembinaan sekolah-sekolah Agama, perbankan Islam, penerapan dasar-dasar Islam dalam kerajaan dan yang paling utama, MCA tidak pernah menentang malah menyokong dan mendokong bahawa Islam adalah Agama Persekutuan dengan agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan damai seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sejak Merdeka.
9.   Rakyat perlu tahu pada Pilihan Raya Umum 1986, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam. Manifesto PAS 1986 dalam muka surat lima menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat kecuali perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang kekeluargaan. “Dalam muka surat 24 pula dinyatakan bahawa hak-hak orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam dan ini adalah hudud sebenar berlandaskan Islam. Oleh itu, dalam sesebuah Negara yang demokratik maka MCA hendak menyeru Pakatan Rakyat supaya meletak kembali Hudud sebagai salah satu manifesto mereka dalam pilihan raya akan datang ( PR 13 ) sepertimana PAS meletak manifesto Hudud terhadap bukan Islam pada pilihan raya 1986 demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi.
10.               MCA juga ingin mencabar pendirian PAS dan PKR dalam isu berkaitan tentang kenyataan Karpal Singh supaya melangkah mayat beliau dahulu sekirannya Negara Islam hendak ditubuhkan di Negara kita dan sama ada kenyataan tersebut merupakan kenyataan yang berbaur menghina Islam atau tidak. Keduanya , mereka juga perlu menyatakan pendirian mereka terhadap Tweeter Ngeh Koo Ham sama ada tweetnya yang mengatakan Are Muslim Wasting Too Much Time and Energy On This ( Protest Sam Bacile )?
11.               MCA sekali lagi hendak mencabar pendirian DAP sama ada mereka bersama – sama MCA menentang pelaksanaan Hudud Versi PAS atau tidak ? Sekirannya mereka menyatakan mereka tidak berkongsi pendirian yang sama dengan MCA dalam isu Hudud versi PAS maka mereka perlu tampil memberitahu rakyat bahawa mereka menyokong pelaksanaan Hudud Versi PAS di negara kita. Diharapkan DAP tidak lari  dan sembunyi daripada cabaran pendirian mereka dalam isu ini. Mereka hanya perlu menyatakan pendirian sokong atau tidak.
12.               Justeru itu, MCA ingin menegaskan bahawa MCA adalah sebuah parti yang mendokong prinsip demokrasi. Oleh itu, demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi maka Pakatan Rakyat perlu meletak Hudud versi PAS dalam manifesto mereka dalam Pilihan raya yang akan datang (PRU 13). Seandainya ia diterima dan disokong oleh majoriti rakyat Malaysia maka MCA akan menghormati kehendak rakayat Malaysia.


1. 自从马华对伊斯兰党制定的伊斯兰刑事法表明立场后,就不断遭受民联的扭曲和恶意指控,指马华侮辱伊斯兰教和散播伊斯兰恐惧症。 2. 马华已经与马来西亚宗教学者组织(Pertubuhan Ilmuan Malaysia)的宗教司法德鲁巴利(Ustaz Fathrul Bari)会面洽谈 ,并向他了解真正根据伊斯兰教义的伊斯兰刑事法事项。 3. 马华积极反对的是伊斯兰党制定的伊斯兰刑事法,实际上并没有要诋毁伊斯兰宗教。马华是质疑伊斯兰党的斗争理念,跟所谓马华反伊斯兰教的指控,根本是两回事。此课题已经被民联领袖过度政治化和炒作,因为他们认为伊斯兰党就等于伊斯兰教。 4. 民联的立场就是没有立场,而且往往前后矛盾。行动党主席卡巴星曾非议霹雳州苏丹阿兹兰沙插手干预调走该州宗教局局长的事务,并指王室不应该涉及任何政治事务。然而,针对马华质疑伊斯兰党制定的伊斯兰刑事法争论时,民联却试图把国家元首牵涉在内,以达到他们捞取自身政治利益的目的。 5. 如果民联确是立场始终如一为伊斯兰教和穆斯林争取平等,那当行动党霹雳州主席倪可汉在推特上发表推文,指责反对《穆斯林的无知》影片是在浪费时间和资源时,这明显地已经侮辱和贬低了伊斯兰教,为何其他民联领袖却噤若寒蝉呢?更令人感到不解的是,行动党领袖发表冒犯穆斯林的推文时,反而获得伊斯兰党领袖挺身支持及捍卫。 6. 马华和其他种族一起争取国家独立,并且携手发展国家,使国家取得今天的成就。马华公会不曾做过任何批评和破坏伊斯兰教的举动。 7. 马华公会同样尊重其他宗教,包括佛教、基督教以及兴都教,同时,马华公会尊重伊斯兰教,并对我国穆斯林的感受抱持高度的敏感,更何况伊斯兰教是我国的官方宗教。 8. 马华公会支持在我国为穆斯林实行符合伊斯兰教义和价值的政策,包括兴建清真寺、设立朝圣基金局协助穆斯林前往麦加朝圣、设立布施基金向穆斯林征收天课、建立宗教学校、伊斯兰教银行,以及将伊斯兰政策纳入政府体系。更重要的是,马华公会不曾反对,反之支持伊斯兰教成为我国官方宗教,以及其他宗教可以自由奉行,这些自独立都已清楚地列在国家宪法中。  9. 人民必须了解,在1986年的全国大选中,当时身为吉兰丹州伊斯兰党主席的该党精神领袖拿督聂阿兹,在公布的该党竞选宣言中强调伊斯兰教义和法律也涵盖非穆斯林。该宣言的第5页阐明:在整个州属实施伊斯兰教法律,而没有任何宗教、种族、阶级之分,除非是涉及家族习俗或法律的事项。 宣言的第24页说明,在伊斯兰刑事法下,非穆斯林的权益与穆斯林完全一样,没有任何区别,而这也符合伊斯兰刑事法的真谛。 因此,在这个奉行民主自由的国度里,马华呼吁民联将伊斯兰刑事法纳入民联第13届大选的竞选宣言中,就如伊斯兰党在1986年全国大选竞选宣言纳入伊斯兰刑事法也涵盖非穆斯林的条文,此举以显示尊重和奉行民主精神。 10. 马华挑战伊斯兰党和公正党针对卡巴星声称“要建立伊斯兰国必须先跨过我的尸体”的言论,表达他们明确的立场,以确定卡巴星的这句话是否侮辱了伊斯兰教?此外,伊斯兰党和公正党也须针对倪可汉有关《穆斯林的无知》影片的推文表明立场。 11. 马华也再一次挑战行动党,是否和马华一起反对伊斯兰党制定的伊斯兰刑事法?如果他们不和马华站在同一阵线,他们就该展示政治勇气,清楚地告诉马来西亚人民,行动党是支持伊斯兰党在我国落实伊斯兰刑事法。我希望行动党勿继续逃避回应这项挑战,他们只需要表明支持或反对伊斯兰刑事法。 12. 马华公会强调推崇民主自由制度因此了体现并贯彻民主精神,民联必须把落实伊斯兰刑事法的承诺列入他们第13届全国大选的竞选宣言里。如果民联的这项宣言获得绝大多数马来西亚人民接受和支持,那么马华绝对尊重和接受人民的意愿。