2024年1月22日星期一

LENGKAPKAN PADU LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB


Pada 2 Januari 2024, YAB PMX telah mengumumkan pelancaran Sistem Pangkalan Data Utama atau singkatannya PADU. Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas amat digalakkan mendaftar dan mengemaskini maklumat ke dalam PADU. Rakyat Malaysia hanya perlu mengambil tindakan atas tiga perkara, iaitu membuat semakan data diportal PADU dengan mengemaskini 39 maklumat dan juga mengesahkan maklumat. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab kita harus melakukan pendaftaran PADU bermula 3 Januari 2024 sehinggalah 31 March 2024 ini.

Rakyat Malaysia boleh melakukan pendaftaran melalui dua cara,iaitu secara atas talian atau pun di kaunter yang dibuka secara fizikal bagi memberi kemudahan kepada orang ramai. Tempat mendaftar PADU adalah seperti di Pejabat Daerah, Pusat Ekonomi Digital (PEDI), Pusat Internet Desa dan Premis Agensi Kerajaan Negeri atau Pusat. Di samping itu, dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran di kaunter adalah kad pengenalan asli serta salinan, maklumat Bank, pendidikan tertinggi, maklumat pekerjaan, maklumat pendapatan, serta maklumat komitmen (pinjaman bank, kereta, rumah dan sebagainya sekiranya ada).

Selain itu, PADU merupakan pangkalan data utama negara yang selamat dan komprehensif ke arah digitalisasi dan penghasilan analitik yang tepat, penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data, serta membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal. Pada pendapat saya, kepentingan daftar PADU adalah memastikan rakyat yang layak sahaja mendapat manfaat dan tidak akan tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui PADU.

Sebagai kesimpulan, PADU diperkenalkan untuk mencapai matlamat bagi meningkatkan mutu sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan Pusat kerana ia dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap kepada rakyat, merapatkan jurang sosioekonomi dengan memenuhi keperluan rakyat, serta melaksanakan pengukuhan dalam penggunaan sumber yang terhad.

Saya sangat menyakini bahawa pelaksanaan dan tindakan Kerajaan Madani dalam menilai setiap maklumat pengguna PADU bagi menentukan kelayakan individu berdasarkan mekanisme yang telah ditetapkan. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab kita harus mengemaskini maklumat dalam sistem PADU. Marilah bersama-sama membina masyarakat dan negara demi membangun Malaysia Madani.

没有评论: