
Malaysia
merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai kaum
seperti Melayu, Cina, India dan disusuli suku kaum yang terdapat di
Sabah Dan Sarawak seperti kaum Kadazan, Iban, Melanau, Dusun dan Bajau, selain dapat
hidup dalam keadaan harmoni. Terdapat negara di dunia menjadikan Malaysia
sebagai negara yang patut dicontohi kerana masyarakat Malaysia hidup dalam
keadaan aman walaupun berbilang bangsa, agama dan budaya. Hal ini demikian
kerana kebijaksanaan pemimpin terdahulu dan kini yang menjadikan perpaduan kaum
sebagai keutamaan bagi membina sebuah negara bangsa yang maju. Kini, pengenalan
“Malaysia MADANI” yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri-X YAB Dato' Seri
Anwar Bin Ibrahim membawa Malaysia sebagai sebuah negara yang bertunjangkan
sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog
peradaban. Kerangka Malaysia MADANI
menjadi pemacu masyarakat maju dan bertamadun berasaskan ilmu pengetahuan,
tradisi,khazanah dan kearifan tempatan. Setiap agama mengajar untuk hidup
dengan aman, agama Kristian juga sangat berpegang teguh dengan keamanan dan
kestabilan dalam hidup bermasyarakat. Ini dapat dilihat sejak penganut Agama
Kristian tinggal bersama dengan orang
Islam di Kota Madinah.
Masyarakat
yang harmoni dapat dilahirkan jika kaum-kaum di Malaysia dapat menerima antara
satu sama lain tanpa wujud prasangka dan pergeseran sehingga boleh menimbulkan
konflik antara kaum. Pengalaman 13 Mei 1969 suatu ketika dahulu banyak mengajar
kita supaya menjadikan perpaduan kaum sebagai keutamaan. Kini, masyarakat
pelbagai kaum di Malaysia sudah hidup bersatu padu dan saling memerlukan antara
satu sama lain. Mereka saling bekerjasama, menghormati dan bertolak ansur
antara satu sama lain kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.
Kesimpulannya, semangat muhibah dan
rasa sayang serta cinta pada negara, perlu hadir dan diterapkan bersekali dalam
diri setiap rakyat Malaysia, bagi mengekalkan perpaduan dan keharmonian negara
yang terdiri daripada masyarakat majmuk pelbagai latar belakang.
没有评论:
发表评论