2024年2月26日星期一

KRISTIAN MALAYSIA PENTINGKAN PERPADUAN


          Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai  kaum  seperti Melayu, Cina, India dan disusuli suku kaum yang terdapat di Sabah Dan Sarawak seperti kaum Kadazan, Iban, Melanau, Dusun dan Bajau, selain dapat hidup dalam keadaan harmoni. Terdapat negara di dunia menjadikan Malaysia sebagai negara yang patut dicontohi kerana masyarakat Malaysia hidup dalam keadaan aman walaupun berbilang bangsa, agama dan budaya. Hal ini demikian kerana kebijaksanaan pemimpin terdahulu dan kini yang menjadikan perpaduan kaum sebagai keutamaan bagi membina sebuah negara bangsa yang maju. Kini, pengenalan “Malaysia MADANI” yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri-X YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim membawa Malaysia sebagai sebuah negara yang bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban. Kerangka Malaysia MADANI menjadi pemacu masyarakat maju dan bertamadun berasaskan ilmu pengetahuan, tradisi,khazanah dan kearifan tempatan. Setiap agama mengajar untuk hidup dengan aman, agama Kristian juga sangat berpegang teguh dengan keamanan dan kestabilan dalam hidup bermasyarakat. Ini dapat dilihat sejak penganut Agama Kristian tinggal bersama dengan orang  Islam  di Kota Madinah.

 Masyarakat yang harmoni dapat dilahirkan jika kaum-kaum di Malaysia dapat menerima antara satu sama lain tanpa wujud prasangka dan pergeseran sehingga boleh menimbulkan konflik antara kaum. Pengalaman 13 Mei 1969 suatu ketika dahulu banyak mengajar kita supaya menjadikan perpaduan kaum sebagai keutamaan. Kini, masyarakat pelbagai kaum di Malaysia sudah hidup bersatu padu dan saling memerlukan antara satu sama lain. Mereka saling bekerjasama, menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.

          Kesimpulannya, semangat muhibah dan rasa sayang serta cinta pada negara, perlu hadir dan diterapkan bersekali dalam diri setiap rakyat Malaysia, bagi mengekalkan perpaduan dan keharmonian negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk pelbagai latar belakang.

没有评论: