2024年2月28日星期三

KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA 2024 (TRANSFORMASI EKONOMI BUMIPUTERA)



Transformasi Ekonomi Bumiputera terdapat tiga matlamat utama yang perlu kita rakyat Malaysia sama-sama capai bagi memastikan, dasar dan pelaksanaan agenda ekonomi negara, bukan sahaja menjamin penglibatan dan hak Bumiputera tetapi pada masa yang sama memastikan wujudnya kesalingan atau synergy dengan bukan Bumiputera. Mahu atau tidak, rela atau tidak, kesalingan antara kaum amat penting dalam memugar aktiviti ekonomi negara.

Penulis : Nga Sean Eang, William - PKD Kampar, Perak

2024年2月26日星期一

KRISTIAN MALAYSIA PENTINGKAN PERPADUAN


          Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai  kaum  seperti Melayu, Cina, India dan disusuli suku kaum yang terdapat di Sabah Dan Sarawak seperti kaum Kadazan, Iban, Melanau, Dusun dan Bajau, selain dapat hidup dalam keadaan harmoni. Terdapat negara di dunia menjadikan Malaysia sebagai negara yang patut dicontohi kerana masyarakat Malaysia hidup dalam keadaan aman walaupun berbilang bangsa, agama dan budaya. Hal ini demikian kerana kebijaksanaan pemimpin terdahulu dan kini yang menjadikan perpaduan kaum sebagai keutamaan bagi membina sebuah negara bangsa yang maju. Kini, pengenalan “Malaysia MADANI” yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri-X YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim membawa Malaysia sebagai sebuah negara yang bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban. Kerangka Malaysia MADANI menjadi pemacu masyarakat maju dan bertamadun berasaskan ilmu pengetahuan, tradisi,khazanah dan kearifan tempatan. Setiap agama mengajar untuk hidup dengan aman, agama Kristian juga sangat berpegang teguh dengan keamanan dan kestabilan dalam hidup bermasyarakat. Ini dapat dilihat sejak penganut Agama Kristian tinggal bersama dengan orang  Islam  di Kota Madinah.

 Masyarakat yang harmoni dapat dilahirkan jika kaum-kaum di Malaysia dapat menerima antara satu sama lain tanpa wujud prasangka dan pergeseran sehingga boleh menimbulkan konflik antara kaum. Pengalaman 13 Mei 1969 suatu ketika dahulu banyak mengajar kita supaya menjadikan perpaduan kaum sebagai keutamaan. Kini, masyarakat pelbagai kaum di Malaysia sudah hidup bersatu padu dan saling memerlukan antara satu sama lain. Mereka saling bekerjasama, menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.

          Kesimpulannya, semangat muhibah dan rasa sayang serta cinta pada negara, perlu hadir dan diterapkan bersekali dalam diri setiap rakyat Malaysia, bagi mengekalkan perpaduan dan keharmonian negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk pelbagai latar belakang.

2024年2月22日星期四

Apakah itu H.E.M.A.T?


YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) memperkenalkan H.E.M.A.T semasa Majlis Perhimpunan dan Amanat KPPA pada 21 Februari 2024.

H.E.M.A.T adalah pegangan nilai baharu penjawat awam dalam melaksanakan tugas, selaras dengan hasrat yang digariskan dasar Malaysia MADANI dan aspirasi “The G.R.E.A.T 𝘊𝘪𝘷𝘪𝘭 𝘚𝘦𝘳𝘷𝘪𝘤𝘦”. 

H.E.M.A.T membawa dua (2) maksud iaitu sikap penjawat awam dalam membelanjakan dana awam secara berjimat-cermat dan tidak boros. Dari segi sifat pula, HEMAT bermakna cara penjawat awam menjalankan tugas dengan pengamatan dan penelitian secara mendalam.  

Akronim HEMAT terdiri daripada kombinasi beberapa nilai yang diwakilkan oleh setiap huruf di dalamnya iaitu:  

H  - Hijrah Tata Kelola 

E  - Empati Rakyat  

M - Minda Pekin 

A  - Apresiasi Inovasi 

T  - Telus Tadbiran

Kepada semua penjawat awam, YBhg. Dato’ Sri KPPA menegaskan sebanyak 3 prinsip yang harus diamalkan dalam pelaksanaan tugas iaitu “𝘍𝘢𝘤𝘪𝘭𝘪𝘵𝘢𝘵𝘦, 𝘈𝘤𝘤𝘰𝘮𝘮𝘰𝘥𝘢𝘵𝘦 𝘢𝘯𝘥 𝘈𝘤𝘤𝘦𝘭𝘦𝘳𝘢𝘵𝘦” untuk dilaksanakan di semua Kementerian dan Jabatan”. 

#MalaysiaMADANI

#HEMAT

#SeiringSepakat

2024年2月10日星期六

Mudah Berurus-niaga Pembaharuan e-LMM & e-LKM Melalui Aplikasi MyJPJ

Tahukah anda mengenai urusan pembaharuan lesen memandu kenderaan kini lebih mudah selepas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan bahawa urusan itu boleh dilakukan secara dalam talian?

MyJPJ merupakan aplikasi mudah alih Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia yang membolehkan orang awam melakukan transaksi atau urusniaga menggunakan telefon pintar (smartphone).

Pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor secara dalam talian ini sudah mula dibuka pada 16 Oktober 2023 lalu. JPJ telah memperkenalkan sistem pembaharuan ini selaras dengan norma baharu dan misi ke arah mendigitalkan perkhidmatan sedia ada jabatan tersebut.  

Tambahan pula, bermula 2 Februari 2024, orang awam boleh memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) secara digital melalui aplikasi MyJPJ. Pengguna hanya perlu muat turun aplikasi MyJPJ melalui di Google Play, Apple Apps Store & Huawei AppGallery.

Fungsi baharu ini akan memudahkan orang awam dalam urusniaga memperbaharui LKM dan LMM secara digital yang akan menjimatkan masa iaitu tidak perlu menunggu lama di kaunter dan menjimatkan kos kepada pengguna termasuklah kos pengangkutan, tol dan parkir serta dapat mengurangkan kesesakan urusniaga secara fizikal di kaunter-kaunter JPJ.

Walau bagaimanapun pemilik lesen memandu layak menerima rebat RM5.00 ketika pembaharuan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) tanpa cetakan fizikal. Oleh itu, pengguna boleh membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau kad debit tempatan sahaja. Pembayaran melalui pemindahan akaun bank dan eWallet sedang dibangunkan dan akan dimaklumkan setelah tersedia kelak.

Buat masa ini, aplikasi MyJPJ hanya boleh digunakan oleh individu Warganegara Malaysia yang mempunyai JPJeID bagi perkhidmatan dalam talian JPJ. Capaian aplikasi MyJPJ bagi Bukan Warganegara Malaysia atau kategori syarikat iaitu bukan individu sedang dibangunkan dan akan dimaklumkan kelak.

Secara kesimpulannya, rakyat Malaysia harus mengambil peluang menggunakan perkhidmatan yang disediakan dan tidak lagi perlu menggunakan perkhidmatan di kaunter  secara manual. Usaha ini juga sebagai langkah negara kita Malaysia menuju ke arah digitalisasi serta meningkatkan rakyat yang celik IT.




2024年1月24日星期三

PROGRAM ‘AI UNTUK RAKYAT’ MEMBINA KESEDARAN RAKYAT



Program ‘AI Untuk Rakyat’ merupakan program pembelajaran secara dalam talian selama 4 jam bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan zaman teknologi terkini. Ia bertujuan untuk memberi penjelasan tentang Artificial Intelligence (AI) kepada semua lapisan masyarakat, ini meliputi golongan pelajar,ibu bapa,professional dalam apa jua bidang saja,warga emas dan lain-lain.

Secara asasnya, sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari dan ingin membina ‘Minda Digital’ boleh melayari portal ‘AI Untuk Rakyat’ melalui pautan www.ai.gov.my. Sebagai penjawat awam pula diwajibkan untuk melengkapkan program pembelajaran berkenaan.

Program ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu ‘Kesedaran AI’ atau turut dikenali sebagai ‘AI Aware’ dan ‘Hargai AI’ atau ‘AI Appreciate’. Kedua-dua bahagian itu boleh disiapkan dalam masa kira-kira empat jam. Program ‘AI untuk Rakyat’ tersedia dalam empat (4) bahasa dan keseluruhan kandungannya serasi dengan pelbagai aplikasi cakap balik (various talkback application) untuk menjadikannya boleh diakses sepenuhnya oleh orang kurang upaya penglihatan. Setiap bahagian adalah berdasarkan konsep berkaitan AI yang dijelaskan melalui aktiviti dan kuiz yang menarik. Selepas berjaya menjawab soalan kuiz, pengguna akan dapat diberikan lencana yang boleh dimuatnaik dalam akaun media sosial masing-masing.

Selain itu, saya boleh mengambil kuiz itu seberapa banyak yang saya inginkan. Selepas saya menyelesaikan kuiz berkenaan, saya telah pun menjadi pemegang lencana AI Aware dan AI Appreciate. Saya juga merasa sungguh berbangga kerana dapat melibatkan diri dalam program pembelajaran berkenaan dengan pengambilan masa 45 minit sahaja melalui Bahasa Cina. Ianya cukup mudah untuk belajar secara atas talian dengan kandungan yang mudah difahami.

Selepas menyelesaikan kedua-dua bahagian, saya boleh teruskan dengan membuat rancangan pembelajaran kendiri untuk diri saya sendiri bagi meningkatkan pemahaman. Saya boleh memilih domain yang saya minati dan memulakan perjalanan pembelajaran AI kendiri saya.

Sebagai kesimpulan, selepas pembelajaran berkenaan, saya dapat mentakrifkan apa itu Artificial Intelligence (AI), dan mampu mengulas tentang kecerdasan manusia, serta membantu membezakan antara mesin AI dengan bukan AI, dan membongkar salah tanggapan popular mengenai teknologi. Saya juga dapat huraikan mengenai domain AI yang berbeza, kesannya terhadap pelbagai industri dan huraikan tentang prinsip etika AI dan AI yang bertanggungjawab.

2024年1月22日星期一

LENGKAPKAN PADU LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB


Pada 2 Januari 2024, YAB PMX telah mengumumkan pelancaran Sistem Pangkalan Data Utama atau singkatannya PADU. Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas amat digalakkan mendaftar dan mengemaskini maklumat ke dalam PADU. Rakyat Malaysia hanya perlu mengambil tindakan atas tiga perkara, iaitu membuat semakan data diportal PADU dengan mengemaskini 39 maklumat dan juga mengesahkan maklumat. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab kita harus melakukan pendaftaran PADU bermula 3 Januari 2024 sehinggalah 31 March 2024 ini.

Rakyat Malaysia boleh melakukan pendaftaran melalui dua cara,iaitu secara atas talian atau pun di kaunter yang dibuka secara fizikal bagi memberi kemudahan kepada orang ramai. Tempat mendaftar PADU adalah seperti di Pejabat Daerah, Pusat Ekonomi Digital (PEDI), Pusat Internet Desa dan Premis Agensi Kerajaan Negeri atau Pusat. Di samping itu, dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran di kaunter adalah kad pengenalan asli serta salinan, maklumat Bank, pendidikan tertinggi, maklumat pekerjaan, maklumat pendapatan, serta maklumat komitmen (pinjaman bank, kereta, rumah dan sebagainya sekiranya ada).

Selain itu, PADU merupakan pangkalan data utama negara yang selamat dan komprehensif ke arah digitalisasi dan penghasilan analitik yang tepat, penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data, serta membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal. Pada pendapat saya, kepentingan daftar PADU adalah memastikan rakyat yang layak sahaja mendapat manfaat dan tidak akan tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui PADU.

Sebagai kesimpulan, PADU diperkenalkan untuk mencapai matlamat bagi meningkatkan mutu sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan Pusat kerana ia dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap kepada rakyat, merapatkan jurang sosioekonomi dengan memenuhi keperluan rakyat, serta melaksanakan pengukuhan dalam penggunaan sumber yang terhad.

Saya sangat menyakini bahawa pelaksanaan dan tindakan Kerajaan Madani dalam menilai setiap maklumat pengguna PADU bagi menentukan kelayakan individu berdasarkan mekanisme yang telah ditetapkan. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab kita harus mengemaskini maklumat dalam sistem PADU. Marilah bersama-sama membina masyarakat dan negara demi membangun Malaysia Madani.