2024年1月24日星期三

PROGRAM ‘AI UNTUK RAKYAT’ MEMBINA KESEDARAN RAKYAT



Program ‘AI Untuk Rakyat’ merupakan program pembelajaran secara dalam talian selama 4 jam bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan zaman teknologi terkini. Ia bertujuan untuk memberi penjelasan tentang Artificial Intelligence (AI) kepada semua lapisan masyarakat, ini meliputi golongan pelajar,ibu bapa,professional dalam apa jua bidang saja,warga emas dan lain-lain.

Secara asasnya, sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari dan ingin membina ‘Minda Digital’ boleh melayari portal ‘AI Untuk Rakyat’ melalui pautan www.ai.gov.my. Sebagai penjawat awam pula diwajibkan untuk melengkapkan program pembelajaran berkenaan.

Program ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu ‘Kesedaran AI’ atau turut dikenali sebagai ‘AI Aware’ dan ‘Hargai AI’ atau ‘AI Appreciate’. Kedua-dua bahagian itu boleh disiapkan dalam masa kira-kira empat jam. Program ‘AI untuk Rakyat’ tersedia dalam empat (4) bahasa dan keseluruhan kandungannya serasi dengan pelbagai aplikasi cakap balik (various talkback application) untuk menjadikannya boleh diakses sepenuhnya oleh orang kurang upaya penglihatan. Setiap bahagian adalah berdasarkan konsep berkaitan AI yang dijelaskan melalui aktiviti dan kuiz yang menarik. Selepas berjaya menjawab soalan kuiz, pengguna akan dapat diberikan lencana yang boleh dimuatnaik dalam akaun media sosial masing-masing.

Selain itu, saya boleh mengambil kuiz itu seberapa banyak yang saya inginkan. Selepas saya menyelesaikan kuiz berkenaan, saya telah pun menjadi pemegang lencana AI Aware dan AI Appreciate. Saya juga merasa sungguh berbangga kerana dapat melibatkan diri dalam program pembelajaran berkenaan dengan pengambilan masa 45 minit sahaja melalui Bahasa Cina. Ianya cukup mudah untuk belajar secara atas talian dengan kandungan yang mudah difahami.

Selepas menyelesaikan kedua-dua bahagian, saya boleh teruskan dengan membuat rancangan pembelajaran kendiri untuk diri saya sendiri bagi meningkatkan pemahaman. Saya boleh memilih domain yang saya minati dan memulakan perjalanan pembelajaran AI kendiri saya.

Sebagai kesimpulan, selepas pembelajaran berkenaan, saya dapat mentakrifkan apa itu Artificial Intelligence (AI), dan mampu mengulas tentang kecerdasan manusia, serta membantu membezakan antara mesin AI dengan bukan AI, dan membongkar salah tanggapan popular mengenai teknologi. Saya juga dapat huraikan mengenai domain AI yang berbeza, kesannya terhadap pelbagai industri dan huraikan tentang prinsip etika AI dan AI yang bertanggungjawab.

没有评论: