2024年2月10日星期六

Mudah Berurus-niaga Pembaharuan e-LMM & e-LKM Melalui Aplikasi MyJPJ

Tahukah anda mengenai urusan pembaharuan lesen memandu kenderaan kini lebih mudah selepas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan bahawa urusan itu boleh dilakukan secara dalam talian?

MyJPJ merupakan aplikasi mudah alih Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia yang membolehkan orang awam melakukan transaksi atau urusniaga menggunakan telefon pintar (smartphone).

Pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor secara dalam talian ini sudah mula dibuka pada 16 Oktober 2023 lalu. JPJ telah memperkenalkan sistem pembaharuan ini selaras dengan norma baharu dan misi ke arah mendigitalkan perkhidmatan sedia ada jabatan tersebut.  

Tambahan pula, bermula 2 Februari 2024, orang awam boleh memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) secara digital melalui aplikasi MyJPJ. Pengguna hanya perlu muat turun aplikasi MyJPJ melalui di Google Play, Apple Apps Store & Huawei AppGallery.

Fungsi baharu ini akan memudahkan orang awam dalam urusniaga memperbaharui LKM dan LMM secara digital yang akan menjimatkan masa iaitu tidak perlu menunggu lama di kaunter dan menjimatkan kos kepada pengguna termasuklah kos pengangkutan, tol dan parkir serta dapat mengurangkan kesesakan urusniaga secara fizikal di kaunter-kaunter JPJ.

Walau bagaimanapun pemilik lesen memandu layak menerima rebat RM5.00 ketika pembaharuan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) tanpa cetakan fizikal. Oleh itu, pengguna boleh membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau kad debit tempatan sahaja. Pembayaran melalui pemindahan akaun bank dan eWallet sedang dibangunkan dan akan dimaklumkan setelah tersedia kelak.

Buat masa ini, aplikasi MyJPJ hanya boleh digunakan oleh individu Warganegara Malaysia yang mempunyai JPJeID bagi perkhidmatan dalam talian JPJ. Capaian aplikasi MyJPJ bagi Bukan Warganegara Malaysia atau kategori syarikat iaitu bukan individu sedang dibangunkan dan akan dimaklumkan kelak.

Secara kesimpulannya, rakyat Malaysia harus mengambil peluang menggunakan perkhidmatan yang disediakan dan tidak lagi perlu menggunakan perkhidmatan di kaunter  secara manual. Usaha ini juga sebagai langkah negara kita Malaysia menuju ke arah digitalisasi serta meningkatkan rakyat yang celik IT.




没有评论: