圣经很清楚的记载到:耶稣在公开的事工当中,不仅“教导、传道”(太4:23,9:35),他也“行善医病”(徒10:38)。因此,在教会的历史中,宣扬福音和社会关怀是密不可分的,早期的基督徒常常很自然地同时参与了这两方面的工作,他们并未先查明工作的定义、内容或是缘由,似乎就理所当然地去做了。
当今时代,或许我们是时候应该换一换角度来想一想:牧师传道该走出教堂、参与在职场里面;教堂的领袖和弟兄姐妹该要当牧师传道来管理教会的事工。那么,这才叫个创新、革新的手法及思想。
追求属灵生活、关心政治动态。
Masyarakat
yang harmoni dapat dilahirkan jika kaum-kaum di Malaysia dapat menerima antara
satu sama lain tanpa wujud prasangka dan pergeseran sehingga boleh menimbulkan
konflik antara kaum. Pengalaman 13 Mei 1969 suatu ketika dahulu banyak mengajar
kita supaya menjadikan perpaduan kaum sebagai keutamaan. Kini, masyarakat
pelbagai kaum di Malaysia sudah hidup bersatu padu dan saling memerlukan antara
satu sama lain. Mereka saling bekerjasama, menghormati dan bertolak ansur
antara satu sama lain kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.
Kesimpulannya, semangat muhibah dan
rasa sayang serta cinta pada negara, perlu hadir dan diterapkan bersekali dalam
diri setiap rakyat Malaysia, bagi mengekalkan perpaduan dan keharmonian negara
yang terdiri daripada masyarakat majmuk pelbagai latar belakang.
H.E.M.A.T adalah pegangan nilai baharu penjawat awam dalam melaksanakan tugas, selaras dengan hasrat yang digariskan dasar Malaysia MADANI dan aspirasi “The G.R.E.A.T 𝘊𝘪𝘷𝘪𝘭 𝘚𝘦𝘳𝘷𝘪𝘤𝘦”.
H.E.M.A.T membawa dua (2) maksud iaitu sikap penjawat awam dalam membelanjakan dana awam secara berjimat-cermat dan tidak boros. Dari segi sifat pula, HEMAT bermakna cara penjawat awam menjalankan tugas dengan pengamatan dan penelitian secara mendalam.
Akronim HEMAT terdiri daripada kombinasi beberapa nilai yang diwakilkan oleh setiap huruf di dalamnya iaitu:
H - Hijrah Tata Kelola
E - Empati Rakyat
M - Minda Pekin
A - Apresiasi Inovasi
T - Telus Tadbiran
Kepada semua penjawat awam, YBhg. Dato’ Sri KPPA menegaskan sebanyak 3 prinsip yang harus diamalkan dalam pelaksanaan tugas iaitu “𝘍𝘢𝘤𝘪𝘭𝘪𝘵𝘢𝘵𝘦, 𝘈𝘤𝘤𝘰𝘮𝘮𝘰𝘥𝘢𝘵𝘦 𝘢𝘯𝘥 𝘈𝘤𝘤𝘦𝘭𝘦𝘳𝘢𝘵𝘦” untuk dilaksanakan di semua Kementerian dan Jabatan”.
#MalaysiaMADANI
#HEMAT
#SeiringSepakat
Tahukah
anda mengenai urusan pembaharuan lesen memandu kenderaan kini lebih mudah
selepas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan bahawa urusan itu boleh
dilakukan secara dalam talian?
MyJPJ
merupakan aplikasi mudah alih Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia yang
membolehkan orang awam melakukan transaksi atau urusniaga menggunakan telefon
pintar (smartphone).
Pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor secara
dalam talian ini sudah mula dibuka pada 16 Oktober 2023 lalu. JPJ telah
memperkenalkan sistem pembaharuan ini selaras dengan norma baharu dan misi ke
arah mendigitalkan perkhidmatan sedia ada jabatan tersebut.
Tambahan pula, bermula 2 Februari 2024, orang awam boleh
memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
secara digital melalui aplikasi MyJPJ. Pengguna hanya perlu muat turun
aplikasi MyJPJ melalui di Google Play, Apple Apps Store & Huawei
AppGallery.
Fungsi baharu ini akan memudahkan orang awam dalam
urusniaga memperbaharui LKM dan LMM secara digital yang akan menjimatkan masa iaitu
tidak perlu menunggu lama di kaunter dan menjimatkan kos kepada pengguna termasuklah
kos pengangkutan, tol dan parkir serta dapat mengurangkan kesesakan urusniaga
secara fizikal di kaunter-kaunter JPJ.
Walau bagaimanapun pemilik lesen memandu layak menerima
rebat RM5.00 ketika pembaharuan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) tanpa
cetakan fizikal. Oleh itu, pengguna boleh membuat pembayaran menggunakan kad
kredit atau kad debit tempatan sahaja. Pembayaran melalui pemindahan akaun bank
dan eWallet sedang dibangunkan dan akan dimaklumkan setelah tersedia
kelak.
Buat masa ini, aplikasi MyJPJ hanya boleh digunakan oleh
individu Warganegara Malaysia yang mempunyai JPJeID bagi perkhidmatan dalam
talian JPJ. Capaian aplikasi MyJPJ bagi Bukan Warganegara Malaysia atau
kategori syarikat iaitu bukan individu sedang dibangunkan dan akan dimaklumkan
kelak.
Secara kesimpulannya, rakyat Malaysia harus mengambil
peluang menggunakan perkhidmatan yang disediakan dan tidak lagi perlu
menggunakan perkhidmatan di kaunter
secara manual. Usaha ini juga sebagai langkah negara kita Malaysia
menuju ke arah digitalisasi serta meningkatkan rakyat yang celik IT.
Program ‘AI Untuk Rakyat’ merupakan program pembelajaran secara dalam talian selama 4 jam bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan zaman teknologi terkini. Ia bertujuan untuk memberi penjelasan tentang Artificial Intelligence (AI) kepada semua lapisan masyarakat, ini meliputi golongan pelajar,ibu bapa,professional dalam apa jua bidang saja,warga emas dan lain-lain.
Secara asasnya, sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari dan ingin membina ‘Minda Digital’ boleh melayari portal ‘AI Untuk Rakyat’ melalui pautan www.ai.gov.my. Sebagai penjawat awam pula diwajibkan untuk melengkapkan program pembelajaran berkenaan.
Program ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu ‘Kesedaran AI’ atau turut dikenali sebagai ‘AI Aware’ dan ‘Hargai AI’ atau ‘AI Appreciate’. Kedua-dua bahagian itu boleh disiapkan dalam masa kira-kira empat jam. Program ‘AI untuk Rakyat’ tersedia dalam empat (4) bahasa dan keseluruhan kandungannya serasi dengan pelbagai aplikasi cakap balik (various talkback application) untuk menjadikannya boleh diakses sepenuhnya oleh orang kurang upaya penglihatan. Setiap bahagian adalah berdasarkan konsep berkaitan AI yang dijelaskan melalui aktiviti dan kuiz yang menarik. Selepas berjaya menjawab soalan kuiz, pengguna akan dapat diberikan lencana yang boleh dimuatnaik dalam akaun media sosial masing-masing.
Selain itu, saya boleh mengambil kuiz itu seberapa banyak yang saya inginkan. Selepas saya menyelesaikan kuiz berkenaan, saya telah pun menjadi pemegang lencana AI Aware dan AI Appreciate. Saya juga merasa sungguh berbangga kerana dapat melibatkan diri dalam program pembelajaran berkenaan dengan pengambilan masa 45 minit sahaja melalui Bahasa Cina. Ianya cukup mudah untuk belajar secara atas talian dengan kandungan yang mudah difahami.
Selepas menyelesaikan kedua-dua bahagian, saya boleh teruskan dengan membuat rancangan pembelajaran kendiri untuk diri saya sendiri bagi meningkatkan pemahaman. Saya boleh memilih domain yang saya minati dan memulakan perjalanan pembelajaran AI kendiri saya.
Sebagai kesimpulan,
selepas pembelajaran berkenaan, saya dapat mentakrifkan apa itu Artificial
Intelligence (AI), dan mampu mengulas tentang kecerdasan manusia, serta
membantu membezakan antara mesin AI dengan bukan AI, dan membongkar salah
tanggapan popular mengenai teknologi. Saya juga dapat huraikan mengenai domain
AI yang berbeza, kesannya terhadap pelbagai industri dan huraikan tentang
prinsip etika AI dan AI yang bertanggungjawab.
Rakyat Malaysia boleh melakukan
pendaftaran melalui dua cara,iaitu secara atas talian atau pun di kaunter yang
dibuka secara fizikal bagi memberi kemudahan kepada orang ramai. Tempat
mendaftar PADU adalah seperti di Pejabat Daerah, Pusat Ekonomi Digital (PEDI),
Pusat Internet Desa dan Premis Agensi Kerajaan Negeri atau Pusat. Di samping
itu, dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran di kaunter adalah kad
pengenalan asli serta salinan, maklumat Bank, pendidikan tertinggi, maklumat
pekerjaan, maklumat pendapatan, serta maklumat komitmen (pinjaman bank, kereta,
rumah dan sebagainya sekiranya ada).
Selain itu, PADU merupakan pangkalan data utama negara yang selamat dan komprehensif ke arah digitalisasi dan penghasilan analitik yang tepat, penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data, serta membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal. Pada pendapat saya, kepentingan daftar PADU adalah memastikan rakyat yang layak sahaja mendapat manfaat dan tidak akan tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui PADU.
Sebagai kesimpulan, PADU diperkenalkan untuk mencapai matlamat bagi meningkatkan mutu sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan Pusat kerana ia dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap kepada rakyat, merapatkan jurang sosioekonomi dengan memenuhi keperluan rakyat, serta melaksanakan pengukuhan dalam penggunaan sumber yang terhad.
Saya sangat menyakini bahawa pelaksanaan dan tindakan Kerajaan Madani dalam menilai setiap maklumat pengguna PADU bagi menentukan kelayakan individu berdasarkan mekanisme yang telah ditetapkan. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab kita harus mengemaskini maklumat dalam sistem PADU. Marilah bersama-sama membina masyarakat dan negara demi membangun Malaysia Madani.